Konsultan Latihan :

Inoventive Consultancy & Services

Penang, Malaysia

 

Penceramah & Jurulatih Modul IDEAS :

Coach Mohd Haris b Hairun Paezi

 

Tel : 016 2501502

 

Email : ideas@mindvison.com.my

 

KENALI IDEAS

METODOLOGI IDEAS
PROGRAM IDEAS
KONSULTAN

 

INOVENTIVE CONSULTANCY & SERVICES

NO. 39, Jalan Murai

Permatang Tok Mahat

14300 Nibong Tebal

SEBERANG PRAI SELATAN

PULAU PINANG

 

TEL : 016-2501502

EMAIL : ideas@mindvision.com.my

__________________________________________________________________________________________________________

 

Inovasi bukan sekadar mencipta suatu produk atau perkhidmatan sahaja tetapi pemahaman tentang inovasi dengan lebih mendalam akan dapat membuka ruang minda untuk melihat inovasi sebagai suatu yang sangat luas.

 

Inovasi Minda adalah salah satu inovasi yang mencipta suatu bentuk pemikiran baru bagi melengkapkan proses transformasi minda. Transformasi minda hanya sekadar perubahan minda sahaja dan ianya harus di tandai dengan inovasi minda yang akan menjadi panduan dan ukuran seseorang.

 

I.D.E.A.S adalah sistem pembelajaran yang dibangunkan dan digunakan oleh Mindvision Training dalam membangunkan budaya inovasi ke dalam diri seseorang. Sistem ini menggunakan metodologi Lego Serious Play bagi merangsang dan menjana minda inovasi sebagai pengerak penjanaan idea dan inovasi lain.

 

I.D.E.A.S direka untuk ;

 

Memudahkan penyampaian dalam latihan,

Menggalakkan partisipasi dan komitmen peserta,

Merangsang penjanaan dan penghasilan idea idea baru,
Menggalakkan komunikasi dan perbincangan,
Memberi kefahaman dan kejelasan objektif kursus

 

 

PERINGKAT RANGSANGAN Proses rangsangan minda dan penjanaan idea yang mentah dan asli. Minda dirangsang dengan blok lego yang dibekalkan kepada setiap peserta bagi menghasilkan apa saja yang tercetus dari minda dan dibina ( BUILT ) menguna pakai blok lego tersebut.

 

Minda yang terangsang akan menjadi sangat aktif menghasilkan idea idea baru. Setiap penghasilan idea akan diceritakan dan dikongsi ( SHARE ) bersama kepada orang lain bagi mengalakan kemahiran kognitif peserta.

 

Idea yang diceritakan dan dikongsi tadi akan diperincikan, dianalisa, dinilai dan diberi reaksi ( REFLECT ) oleh mereka yang mendengar.

 

 

PERINGKAT PEMAHAMAN – Proses penjelasan dan pemahaman  melalui simulasi aktiviti berkaitan kreativiti dan inovasi. Memberi kefahaman tentang inovasi minda dan kepentingannya. Ianya bukan sekadar mencipta produk atau perkhidmatan sahaja tetapi lebih dari itu seperti inovasi kaedah menyelesaikan masalah, inovasi kaedah penjimatan, inovasi peningkatan profesionalisma kakitangan dan sebagainya.

 

Pelbagai aktiviti dan projek bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi akan digunapakai bagi merangsang dan mencetus kreativiti peserta.

 

 

PERINGKAT PERLAKSANAAN – Proses penghasilan inovasi baru, perbincangan dan pemurnian. Projek menghasilkan inovasi baru dilaksanakan dalam kumpulan. Setiap individu dalam kumpulan berperanan untuk menyumbangkan idea dan pendapat masing masing. Setiap sumbangan idea akan dinilai dan diperhalusi sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Setiap projek akan melalui proses Built, Share & Reflect dimana tumpuan akan diberikan kepada ;

1. Keaslian idea

2. Objektif dan Tujuan

3. Fungsi

4. Kesan penggunaan / aplikasi 

 

 

SIAPA PERLUKAN IDEAS

 

Sesiapa sahaja yang inginkan kemajuan dalam diri memerlukan I.D.E.A.S. Proses minda manusia tiada hadnya, idea dan kreativiti akan sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Mereka yang bijak menggunakan kemahiran minda ini akan dapat mengembangkan idea dan kreativiti masing masing untuk kebaikan diri dan orang lain.

 

Ada ketikanya, idea gagal dikembangkan atau gagal diperluaskan kepada orang lain, ini disebabkan halangan seperti kurang kemampuan untuk berkongsi idea, menerangkan idea dan memasarkan idea.

 

Ada ketikanya idea yang baik gagal disempurnakan dengan berkesan, ini disebabkan tiada pemurnian dan galakkan penambahbaikan keatas idea tersebut.

 

Dengan I.D.E.A.S, setiap idea yang lahir dari minda akan dibina ( BUILT ).

 

Setelah terbina, setiap idea akan dikongsi ( SHARE ).

 

Setelah dikongsi, setiap idea akan diambil perhatian, dimurnikan dan ditambahbaikan ( REFLECT ).

 

Inilah sebahagian proses Pembangunan Inovasi yang terdapat dalam I.D.E.A.S. yang telah banyak membantu mengembangkan bakat dan potensi individu yang proaktif dan inginkan kejayaan.